Kedah Ku

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Blog ini diwujudkan untuk memaparkan keadaan sebenar Negeri Kedah Darul Aman selepas jatuh di tangan Pakatan Rakyat (Pakatan Haram). Banyak perkara tidak ditunjukkan dengan jelas. Adalah diharapkan dengan kemunculan blog ini akan membantu rakyat agar tidak melakukan kesilapan kali kedua sebagaimana yang dilakukan dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Kita Kalih Balik Kedah Bagi Kat BN....

Thursday, March 10, 2011

Kedah Darul Sampah

Sampah dibiarkan tanpa dipungut....

Apa sudah jadi? Bukankah Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman? Mungkin sebab PAS dan bersekongkol dengan DAP dan PKR maka semua tu dah dilupakan.... PR bermimpi siang hari nak tadbir Malaysia. Nak rampas PUTRAJAYA.... Kasi beli cermin dua kupang kat Kedai Ali dulu la. Tengok Muka betul-betul. Kalau masalah sampah di Negeri Kedah ni pun tak boleh settle tak payah la nak mimpi nak tadbir Negara. Buat malu kat pelancong luar kata Malaysia negara kotor. Macam Kedah dah boleh namakan Kedah Darul Sampah...


Longkang Besar di Jalan Tun Razak (Taman PKNK)

Longkang di Taman Darulaman, Jalan Stadium





Sambutan Kedah Sejahtera

Malam tadi (orang Kedah kata semalam) telah diadakan sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera anjuran Kerajaan Negeri Kedah (Kerajaan Pakatan Haram). Sambutannya rasanya orang PAS sendiri tak puas hati dari segi kehadiran. Dapat dilihat kerusi-kerusi kosong menandakan ramai jemputan yang tidak hadir. Bagi menutup kelemahan ini, maka bahagian protokol Pejabat Menteri Besar pun telah mengarahkan semua kakitangan kerajaan Negeri untuk hadir. Tak cukup dengan itu kenalah import pelajar-pelajar Insaniah untuk memenuhkan kerusi. Itu pun kerusi-kerusi yang ada masih kosong.

Majlis perasmian sambutan juga dipenuhi dengan ceramah politik oleh YB Menteri Besar Azizan (Sifu Tai Chi Kedah). Sepatutnya ucapan perasmian yang padat dan ringkas telah dipanjangkan dengan ceramah kempen politik PAS. Ini telah menimbulkan kegelisahan tetamu yang hadir akibat kompius samada mereka di perkarangan stadium Darul Aman atau di Markas PAS...

Sifu Tai Chi Azizan dalam ceramah politiknya telah mengumumkan kepada semua yang hadir bahawa dia telah berjaya mentadbir Negeri Kedah dengan jayanya tanpa meminta sedikitpun pertolongan dan bantuan dari Pusat (Putrajaya). Ramai pelabur luar telah dibawa masuk ke Negeri Kedah. Huh... hebat tul Kedah sekarang bawah Azizan. Tak nampak pun pelabur-pelabur luar di Negeri Kedah.... mmmm Hairan bin Ajaib.... Yang lagi hairan dalam ucapan Tai Chi Master ni ialah, dia kata dia yang mula-mula bawa keluar pelajar-pelajar Insaniah dari Kaherah masa Kaherah tengah tegang.... lagi lah hairan. Masa keadaan tegang di Mesir, mana boleh suka-suka bawa keluar rakyat Malaysia (pelajar Insaniah) macam tu saja... PM pun kena guna contact di Mesir dan Saudi... Hebat betul Tai Chi Master Kedah ni....

Apapun yang Azizan dakwa, bagi penyokong taksub PR (pakatan haram), depa angguk ja (macam cokelat angguk). Rakyat Kedah tau apa yang dia buat, apa yang dia tak buat. Kalau masalah sampah di Negeri Kedah pun masih tak boleh settle, janganla nak cakap besaq kata buat itu buat ini. Ramai yang tak hadir majlis tu sebab rakyat tau majlis ini satu pembaziran duit rakyat. Tunggulah pilihanraya yang akan datang nanti, pasti BN akan ambil alih KEDAH.